Friday, 10 May 2013

selamat hari ibu

12 mei 2013
merupakan hari ibu
hari bagi mengingati si ibu
bukan pada hari ini sahaja
tetapi hari itu lebih sedikit ingatan terhadap si ibu
terhadap jasa dan mengorbanan si ibu

saya ingin berkongsikan sedikit
sebab kenapa anak2 perlu taat kepada ibu bapa
terutama ibu
kerana Nabi SAW pon pernah bersabda
siapa yang perlu dihormati?
Nabi jawab:
ibumu...ibumu...ibumu..

 1 - Ibu adalah manusia yang berkorban nyawa untuk melahirkan kita. Sebelum kita lahir   lagi, seseorang ibu sudah menaggung azab yang amat perit, ada yang kulit perut pecah-pecah, ada yang alahan teruk, sentiasa lemah dan pelbagai kesan sampingan lagi. Masa nak lahirkan kita pula, bersabung nyawa antara hidup dengan mati. itu saja bahasa mudah untuk digambarkan keperitannya.. Firman Allah, Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula.. (al-Ahqaf : 15 )


  2- Kalau anak sakit, si ibu lagi sakit menjaga anak. Kadang-kadang sampai dua tiga malam ibu tak dapat tidur sebab dokong atau riba anak. Semua kerja lain dibuat sambil anak bertenggek atas dokong. Akibat terlalu penat, ada ibu terlelap sambil meriba anak dan adakalanya anak yang sedang diriba terlepas dari pangkuan ibu lalu tergolek ke lantai. Ibu menangis kerana berasa bersalah dan kasihan pada anak sedangkan dia sebenarnya sudah terlalu tidak bermaya menjaga anak yang sentiasa merengek.

  3 - Kalau anak sakit juga, ibu tak putus-putus berdoa kepada tuhan agar kesakitan itu ditimpakan ke atasnya bukan kepada anaknya. Hal ini menunjukkan ibu sanggup berkorban menanggung penderitaan anak kerana tidak sanggup melihat anaknya yang menderita. 

  4 - Ibu akan mendahului anak-anak kalau pasal makan. Ibu sanggup kelaparan asalkan anak-anaknya kekenyangan menikmati makanan. Ibu tersenyum puas kalau anak-anaknya begitu berselera semasa makan.

  5- Ibu akan tersenyum puas apabila melihat anak-anaknya terhibur dan berada dalam kegembiraan. Kalau anaknya tergedik-gedik menari, si ibu juga tersenyum puas. Kalau malam raya anaknya riang bakar bunga api dan mercun, si ibu juga akan tersenyum puas melihat kegembiraan anak-anak.

2 jer lah sedikit sebanyak perngorbanan si ibu
kalau nak dibilang semuanya
sampai x terkira
betapa banyak jer jasa mereka
jadi kita sebagai berusahalah menjadi anak yang taat kepada mereka
ma, selamat hari ibu..
love you

 






No comments:

Post a Comment