Thursday, 28 March 2013

kreatif

assalamualaikum semua.

aq bukak facebook dan keluar gambar ni 

comel
 dan perkara yang terlintas di dalam otak aq ialah
kreatifnye!!
perkataan yang aq selalu dengar dari sekolah rendah sampai lah sekarang
dan aq masih tertanya-tanya macam mane diorang semua boleh buat semua ni
sedangkan aq hanya mengigit jari
seni bukan lah bidang aq
dari dulu sampailah sekarang
karya seni aq pasti akan dikutuk oleh kawan aq
 tapi memang patut kena kutuk pon
hihi

pocket rocket man

dan lepas tengok gambar ni lagi aq teruja
cantik sangat-sangat
di dalam kepala kotak aq hanya tahu nak makan jer bile tengok tembikai
x terlintas pon nak berhasil seni dengan tembikai ni
aq tabik la diorang ni
dan baru aq taw yang aq masih berfikir di dalam kotak
bukan di luar kotak

kalau lah macam ni macam mana lah aq nak menjadi seorang siswazah yang diinginkan oleh pensyarah akaun aq
iaitu
siswazah yang beretika, berjati diri kebangsaan dan berdiri di persada antarabangsa.. 
moga2 aq menjadi seorang siswazah macam ni
apa lagi?
mulai sekarang aq kene teroka sesuatu yang baru
kene berubah sikap
insya-Allah ia pasti menjadi kenyataan..
yakin gitu..

mesej:  cubalah berfikir di luar kotak dan jangan jadi macam katak di bawah tempurung..



kuliah umum 2-cesmed-

"DREAM BIG!... tapi jangan mimpi saja besar. usahanya kecil. USAHA MESTI BESAR dan TANPA HENTI- mendongak ke atas, bukan sekadar angan kosong... IMPIAN pasti menjadi kenyataan pada mereka yang TEKUN BERUSAHA!'

ni lah kata-kata dari jutawan interner, DR IRFAN KHAIRI aka IK..  
kata2 ni boleh jadi motivasi untuk kita
bukan saja dalam perniagaan
tapi boleh diaplikasikan oleh semua orang
termasuklah pelajar macam aq

betul,betul,betul!!
sebab usaha x akan datang bergolek
kalau usaha x ade, jangan bermimpi di siang hari untuk berjaya
dan
jangan sibuk nak cari alasan
sebab alasan hanya datang bagi orang yang gagal

usaha yang susah akan mendatangkan hasil yang cantik..
semakin lama proses yang kita perlu buat untuk mendapatkan hasil
semakin banyak ilmu yang kite dapat..
hahaha
(macam hipotesis subjek sains la pulak)
kerana bab kata pepatah
"keringat yang mengalir di medan latihan adalah penebus darah di medan pertempuran"

dan mesej kali ni adalah:
mesej: timbalah sebanyak mungkin pengalaman daripada orang yang lebih berpengalaman..  
usaha mestilah lebih besar daripada impian..
kerana realiti x sama macam teori



Thursday, 21 March 2013

video oh video!!!

assalamualaikum

post kali ni aq nak cerita pasal pengalaman aq buat video

hahaha

aq teringat pon sebab kali ni aq kene video lagi

hehehe

ni video yang aq lakonkan untuk kali ke-3

wah!!! 

pelakon love epistle


drama aq yang pertama ialah masa aq belajar kat matrik

kene buat untuk drama bi

dan mase 2 aq pegang watak air mata

seorang emak yang kehilangan seorang anak

tapi x keluar pon air mata aq

hehehehehehe

tajuk drama ni 'love epistle'

drama aq yang pertama dan terbaik

dapat anugerah drama paling sedih


pelakon tom sawyer


yang ke-2 pulak masa aq belajar kat ukm

hehehe

dan aq masih pegang watak emak saudara yang garang dan emak yang kehilangan seorang anak

hahaha

bile tengok balik aq pegang watak emak-emak jer

hehehe

tajuk kali ni 'tom sawyer'


 akan datang pulak adalah video yangke-3

video kali ni adalah video yang paling pendek yang aq kene buat

harap-harap video kali ni pon bagi pengalaman manis bagi aq

^.^


tq



Wednesday, 20 March 2013

minggu mesra pelajar

assalamualaikum semua..

hari ni aq agak bosan
pastu apa lagi
tengok la gambar-gambar lama
antaranya gambar masa minggu mesra pelajar ukm
hehe
rasa macam rindu jer masa 2

banyak jugak la aq buat benda yang baru
minggu tu 'best' la jugak walaupun agak penat
yang paling syok kolej aq adalah antara kolej yang tidur paling awal
hehe ^.^..

bile teringat balik rindu la pulak
nak2 masa berlatih nak buat sorakan kat dectar
dah lah kolej aq ahli paling sikit
89 jer.. kolej lain aq ase dekat 300 kot
kalau nak dibandingkan dengan kolej lain,sorakan kolej aq paling perlahan
tapi ok la.. 
bukan main lagi aq sorak
sampai nak terkeluar anak leher..
melampau x?
hahaha 
semangat kolej la katakan 

 

mesej: pengalaman adalah sesuatu yang paling indah




Friday, 15 March 2013

balik kampung

assalamualaikum semua.. :)
mulakan dengan senyuman
nak-nak bile dah sampai kampung
haha.. :D

aq balik pon sebab banyak benda nak buat
pertama sekali nak bayar PTPTN
kedua pulak sebab nak pi klinik
ketiga, nak tebus semua BB1M
yang keempat paling syok
BELAJAR NAK BAWA MOTOR

hehe
walaupun agak ketinggalan
tapi xpe la
sebab dah ade kesedaran nak belajar motor

ni pon sebab cemburu ramai kawan yang bawak motor sem ni
aq jer lagi yang masih jalan kaki
tapi xpe
tunggu jer lagi 2 bulan
aq dah ada lesen
ni merupakan matlamat aq yang paling dekat buat masa sekarang ni..
hehe
mintak2 lah menjadi kenyataan

mood: happy giler sebab dah pandai bawak motor
mesej:jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru

Monday, 11 March 2013

LC

8 LC wajib kene ambik
fuhhhh!!!!
bukan sikit 2
huh!! xtahu la aq nak ambik dekat mane ag

LC untuk sem 1 dah ade
tapi nyawa-nyawa ikan ag
sebab jppel apa entah
aq pon x faham apa yang senior cakap

untuk sem 2 ni masih x ade ag
pening bile aq pikir balik
dulu dah ade
tapi aq tolak
kan sekarang dah pening
sakit bile pikir pasal ni

dan tetibe jer aq dapat berita baik
xla baik sangat
tapi ade la harapan
sebab kawan aq bagitahu ade LC untuk aq
tapi yang syoknya Program Daki Gunung
gunung mane entah
boleh ke aq?
tapi x cuba, x tahu kan
baik aq ambik jer
pada pening kepala pikirkan benda ni
hoho

aq kene pikir elok2 ni...

mood: stress
mesej: benda yang dah ada depan mata jangan kita tolak
          nanti menyesal x sudah

Program PERMATA

assalamualaikum semua....
ni post aq yang ke-7
post kali aq nak cerita pasal aq g UIAM jer
hehehe
baru malam semalam

kenapa aq pergi sana? 
ni kawan aq punya pasal
dia paksa aq suruh pergi jugak
dah lah tutorial berlambak
tp disebabkan kesian kat kawan aq
aq pon pergi la

hah!!
mula2 ingatkan memang pergi UIAM la
tapi tibe2 jer bas lalu depan UIAM jer
tp pergi terus, berhentilah dekat Restoran Nelayan Kuala Lumpur
mati2 aq ingat dekat UIAM
tapi x kisah la

asalkan makan percuma
hahahahahaha
makan sedap la jugak
citarasa orang terengganu..

tetibe jer MB terengganu ajak ambik gambar
apa lagi, peluang dah depan mata
ambik gambar bukan sekeping
ada la 4 keping
minat betul MB dengan aq
hahaha
sebenarnya aq yang mintak bergambar dengan MB
HEHEHE

last sekali dengar ceramah lah
macam biasa lah
asyik menguap jer
dan akhirnye habis lah program..
yang pasti sampai kolej pukul 1 pg

Friday, 1 March 2013

AKAUN VS EKONOMI

aq budak ekonomi.. tp xtaw lagi nak pilih yang mane 1 mase tahun 2 nanti.. 2-2 subjek susah.. tetibe jer pensyarah akaun tanye nk mengkhusus kepada akaun x masa tahun 2?? dan barulah aq tahu yang aq tak tahu nak pilih yang mane 1 lagi..

cikgu matrik akaun dulu suruh aq pilih akaun.. tapi 4 tahun kot.. kawan ekonomi aq dah konvo, aq jer lagi dengan buku... tapi kalau ambik akaun nampak la boleh jadi akauntan.. ekonomi aq x nampak la nak jadi apa.. ni yang pening ni.. tapi eko 3 tahun jer kot..  kire nye ade 2 tahun lebih jer lagi aq nak konvo... 

banyak orang x suke eko.. tapi aq minat la jugak walaupun sikit.. kalau x, x ade lah dengan yakin nye aq cakap dengan kawan matrik nak ambik bidang ekonomi.. huhu.. ^.^... tapi ekonomi ni kene rajin membaca lah.. aq? entahlah...

mintak-mintaklah dalam masa beberapa bulan ni aq tahu apa aq yang aq nak sebenarnya..3 tahun ke 4 tahun? pening2!!.. moga Allah beri petunjuk dekat aq.. Amin ;)

mood : keliru
mesej : tetapkan impian dari awal supaya tak jadi macam aq

cameron highland

sedih3!!!! :(...sepatutnya hari ni aq pi cameron highland tapi x dapat pi... ade kelas la pulak.. kenapa lah jatuh pada hari yang same.. kalau x, mesti sekarang aq tengah berjimba kat sana.. hehe..stresss!!!!

bila dengar jer bunyi bas pg tadi tibe2 jer ase sedih.. org lain nak bersuka ria, aq pulak duk siap2 nk pergi kelas.. xpe2... aq redha... sebab ari ni penting kot.. kene lah berkorban sikit (hanya untuk menyedapkan hati)... 

aq pon xtaw nak tulis apa dah.. korang bergembira lah kat sana.. aq cemburu giler... wuaaa... :'(

mood: sedih
mesej: redha dengan apa yang berlaku
          berkorbanlah untuk berjaya