Thursday, 28 February 2013

WANITA BUJANG



hari rabu  aq ada la kelas Acom.. kitaorang 1 kelas ade la buat  1 perbincangan tentang kesan wanita  bujang.. rupanya wanita bujang ni berbahaya betul pada semua sudut.. kami bincang dari segi sosial,politik,ekonomi,agama dan hal-hal lain.. aq tulis kat sini, sebab  rase topik ni sesuai untuk dibicarakan

      1.sosial
              wanita yang dah berkerja biasanya dah x mahu berkeluarga..ye lah.. semua ada.. kerja ada,rumah ada,kereta ada, hidup pon bebas.. jadi  kalau lelaki x ada pon  ok jer.. kalau ada,tapi menyakitkan hati buat apa? tapi kalau wanita ni x kahwin, mereka akan kurang sikap keibuan.. pensyarah cakap kalau kita  x rasa akan rasa sakit, hati kita akan lebih cepat keras..  macam 2 la.. aq pon x berapa pandai sangat nak terangkan.. lagi 1, nanti orang sekeliling akan pandang serong la pada wanita andartu ni.. nanti timbul la pulak fitnah.. susah betul..

2. politik
        kalau la semua wanita  xnak kahwin, maka  pupus la penduduk malaysia.. nanti x ada la generasi baru.. lepas 2, siapa nak memimpin negara kita.. xkan lah kita nak ambil pemimpin dari negara luar kan? kalau macam 2, same  la  macam kita kene jajah dulu.. korang  x serik lagi ke? bukan senang nak dapat kemerdekaan..  habis2 kite yang buat negara kita macam ni.. jangan la... kesian  kat pejuang2 negara kita dulu....

3. ekonomi
         orang yang x  berkasih-kasihan ni sebenarnya tidak menyumbang kepada ekonomi negara... ye la... cuba korang bayangkan, kita ada teman lelaki.. contoh nya keluar jalan2 sekali seminggu.. dan pakwe kita belanja dalam RM100.. cuba bayangkan hari ahad ada  1000 pasangan ..sekarang dah menyumbangkan RM100000 dekat ekonomi negara..ni baru dekat Kuala lumpur.. kalau kite campur pulak pasangan  dekat  JB, pinang,kuantandah ke berjuta-juta negara dapat..  wah, banyak tu....

4. agama
        Baginda bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)


5. hal-hal lain
        kami bincangkan dari segi kesihatan.. kebiasaannya wanita yang x kahwin selepas umur 25 tahun lebih cenderung untuk mendapat penyakit kanser payudara..  nanti bila dah tua, tahap kesihatan akan jadi merosot.... wanita lain yang berkeluarga ada orang jaga.. kita juga yang akan  kesunyian nanti.. masa 2 jangan la cemburu ke menyesala ke sebab masa dah tak boleh diundur..
jadi, saya nasihatkan kepada semua wanita kahwin lah awal.. xpe.. kalau nak sambung belajar pon boleh kalau dah kahwin.. jangan lah bimbang.. ramai juga wanita yang dah berjaya walaupun dah berkahwin.. marilah sama2 kita menyokong negara dalam mencapai penduduk malaysia sebanyak 70.8 juta pada tahun 2100...

Monday, 25 February 2013

Sikap perempuan melalui cara berjalan


 1.kelihatan seperti tidak memijak tanah
     kebiasaanya, wanita yang berjalan seperti ini ialah wanita yang tidak jujur,bermulut laser,
dan suka menyinggungkan perasaan orang lain semasa berbual. selain itu, mereka juga bersikap boros.. tetapi wanita seperti ini juga mempunyai kelebihannya.. iaitu mereka kebiasaaannya menjadi pujaan lelaki

2. sering menoleh ke kiri dan ke kanan
    wanita yang berjalan seperti ini kebiasaannya pandai menyimpan rahsia.. walaupun kadang-kadang nampak macam seorang yang tidak jujur namun ramai lelaki yang  meminati wanita seperti ini kerana pada lelaki wanita seperti ini mudah diatur dan diuruskan

3.suka menunduk
    wanita seperti ini suka bersikap dingin dan tidak peduli akan kisah prcintaan.. mereka juga berfikiran tertutup..dia hanya berbual dengan kawan yang rapat dan boleh dipercayai..namun sekiranya mereka bercinta, mereka merupakan wanita yang sangat setia.. sangat beruntung si lelaki..

4.jalan menatap lurus ke depan
    wanita seperti ini mempunyai pendirian yang teguh. mereka hanya suka berbual dengan orang yang mempunyai pengalaman luas.. jika x mahu dengar mereka berleter, jangan sekali-kali menyangkal pendapat mereka

 5. badan nampak tegak
     mereka tegas dalam sesuatu perkara dan tidak menyukai orang lain mencampuri urusan diri mereka..suka bercakap dengan tegas supaya orang lain menganggap dirinya yang berpendirian teguh.. mereka bertnggungjawab atas segala urusan.. mereka suka lelaki yangberdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya


Rahsia tahi lalat

setiap orang mempunyai personaliti dan keperibadian masing-masing.. ade yang berkarisma.. ade yang x kisah pon apa yang terjadi kat sekeliling mereka.. namun, tahi lalat juga menggambarkan keperibadian seseorang... sejauh mana kebenarannya, itu x pasti.. cubalah tengok...

  •  atas bibir sebelah kanan - pandai,banyak rezaki...
  • atas bibir sebelah kiri      - ramai kawan, baik hati
  • biji mata kanan               -suka serong dan pembohong
  • biji mata kiri                   -pembohong tapi baik hati
  • kening kanan                  -cerdas dan cekap
  • kening kiri                      -cerdas dan sopan santun
  • tengah kening                 -keras hati dan berani segala hal
  • batang hidung                 -banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  • pada hidung                    -banyak rezeki
  • dagu bawah kanan          -jujur dan baik hati
  • dagu bawah kiri            -bijaksana dan berbudi luhur
  • alis kiri                          -ramai yang suka
  • alis kanan                      -suka menolong dan baik hati
  • sudut mata kanan dalam-disayangi suami atau isteri
  • sudut mata kiri dalam    -tidak mudah dilupakan pasangan
j

Thursday, 21 February 2013

Ada apa pada nama

Assalamualaikum

Ni adalah pengalaman pertama saya dalam dunia blog... sebelum ni belum pernah la ada pengalaman macam ni.. teruja pon ada.. hehe.. saya pon tak tahu ape yang nak ditulis.. jadi cuma nak bagitahu nama jer la. nama diberi Nor Ifariza Azwa Binti Harun.. semua orang panggil saya Epa.. semua la..  ni la saya..


berbalik kepada epa tadi, ramai sangat yang buat muka pelik bile saya bagitahu name saye epa.. ye lah kot.. sebab nak same dengan buah epal.. bile perkenalkan diri,soalan pertama mereka mesti tnye 'awak suka makan buah epal ei?'.. kadang2 macam dh terbiasa saya iyakan aje.. sebenarnye xlah..dari kecik lagi ma dah panggil epa epa epa.. jadi macam name epa tu dah sebati dalam hidup saye...

unik apa name epa.. hehe.. ade 2 kawan suruh tukar name biar jadi lebih popular gitu.. tukar jadi ifa ke,ifariza ke... jawapan nye ase nye xkot..ase macam diorang panggil orang lain..ase macam x mesra jer.. jdi macam x sedap kalu nak bercakap.. ase macam name lain x sesuai untuk saya.. aq ase epa pon unik ape... :)